siapa kata?? mustahil. sedangkan apa sahaja yang dijadikan tuhan ada sebabnya, nabi juga memberikan 4 sebab untuk kita memilih pasangan hidup. inikan kita manusia biasa tidak sampai taraf wali sekalipun bercinta tanpa sebab? kalau bercinta tanpa sebab, maknanya tiada sebab untuk berpisah kan? juga tiada sebab untuk kita terluka kan? tapi hakikatnya kita tetap terluka. tetap menangis. tetap sengsara. kenapa? tiada sebabkah untuk itu semua?
kalau bukan kerana, KECANTIKAN mungkin kerana HARTA.
kalau bukan kerana KETURUNAN, mungkin kerana AGAMA.
adakah dia punyai kecantikkannya yg kekal untuk temani aku sehingga tua?
adakah hartanya akan aku bawa dalam keranda?
adakah keturunannya yang meninggikan darjat aku di'sana'
mesti berani buat pilihan. dan penulis ini juga sudah membuat pilihan.
ada pada seseorang yang penulis mahu katakan:
awak...saya pilih awak keranasebenarnya paling melukakan. paling mengecewakan bukanlah kerana kita tersalah pilih orang yang kita cintai, tapi tersalah terima orang yg mencintai kita . orang yang kita syukur kelebihannya, dan kita redha kekurangnya.kecantikan, harta, keturunan, agama awak. melalui agama, saya melihat awak penuh kelembutan, saya melihat awak meninggikan darjat perempuan, saya melihat awak setia dan taat pada tuhan, saya melihat awak yang penuh kesabaran, saya melihat tutur awak yang tiada pencelaan dan saya melihat awak melihat saya dengan kasih-sayang. andai hilang ajaran agama dari awak...hilang lah sebab untuk saya teruskan hubungan.
between u & me: life is so wonderful rite? wonderfully wrong.