follow me shampoo~

Monday, May 31, 2010

hilang sebab.

'aku tidak perlukan sebab untuk jatuh cinta, aku cintakan kamu kerana kamu'

siapa kata?? mustahil. sedangkan apa sahaja yang dijadikan tuhan ada sebabnya,  nabi juga memberikan 4 sebab untuk kita memilih pasangan hidup. inikan kita manusia biasa tidak sampai taraf wali sekalipun bercinta tanpa sebab? kalau bercinta tanpa sebab, maknanya tiada sebab untuk berpisah kan? juga tiada sebab untuk kita terluka kan? tapi hakikatnya kita tetap terluka. tetap menangis. tetap sengsara. kenapa? tiada sebabkah untuk itu semua? itu gila...

kalau bukan kerana, KECANTIKAN mungkin kerana HARTA.
kalau bukan kerana KETURUNAN, mungkin kerana AGAMA.

adakah dia punyai kecantikkannya yg kekal untuk temani aku sehingga tua?
adakah hartanya akan aku bawa dalam keranda?
adakah keturunannya yang meninggikan darjat aku di'sana'


mesti berani buat pilihan. dan penulis ini juga sudah membuat pilihan.
ada pada seseorang  yang penulis mahu katakan:
awak...saya pilih awak kerana kecantikan, harta, keturunan, agama awak. melalui agama, saya melihat awak penuh kelembutan, saya melihat awak meninggikan darjat perempuan, saya melihat awak setia dan taat pada tuhan, saya melihat awak yang penuh kesabaran, saya melihat tutur awak yang tiada pencelaan dan saya melihat awak melihat saya dengan kasih-sayang. andai hilang ajaran agama dari awak...hilang lah sebab untuk saya teruskan hubungan.
sebenarnya paling melukakan. paling mengecewakan bukanlah kerana kita tersalah pilih orang yang kita cintai, tapi tersalah terima orang yg mencintai kita . orang yang kita syukur kelebihannya, dan kita redha kekurangnya.

between u & me: life is so wonderful rite? wonderfully wrong.

3 comments:

  1. Tadi aku nampak dia nie sibuk buat labwork..pastu dang aa ploks nulis sini bab jiwang2...otak multitasking gitoww..

    ReplyDelete
  2. hahhaha..kak shade mmg sedia multi tasking tu..


    tp, saya pon tengah mencari hero seperti itu..semoga pencarian kita sama2 menunjukkan hasil yang positif utk masa depan..

    ReplyDelete
  3. aku mahu tolong ko satu je shade satu je plisss...



    aku nak jentik hidung kau. dan tnya kenapa kau bernafas

    ReplyDelete

sudah.lepas

Related Posts with Thumbnails