follow me shampoo~

Wednesday, September 29, 2010

paling mahal di tempat paling rendah.

'kunci syurga bg anak2 lelaki dan anak2 perempuan (yg belum berkahwin) adalah ditelapak kaki ibu. andai ibu redha dan ALLAH redha...insyaALLAH syurgalah tempat kita.'


seharian hati rase terkilan mendengar sebuah nasihat yg pelik benar pd gegendang telinga, pada hati seorg anak, pada iman seorang ISLAM bila ada yg berkata:

'kalau mak awak sakit pun awak kene berkorban demi masa depan. mak awak pun kene berkorban'

masyaALLAH. insaf untuk menjadi org yg berilmu tp tak berfikir.

wahai pemberi nasihat, seandainya kamu seorg yg kejam...tetap akan aku dengar nasihatmu seandainya ada kebaikan di dalamnya...tp ini kita berbicara tentang tempat di mana kunci syurga kita terletak. lain lah kalau dah ada suami.

kunci paling mahal tp diletakkn di tempat paling rendah. kenapa? supaya kita tunduk. jgn bermegah2. jgn mengada2. patuh. taat. (ini aku rase lah~)

jangan kamu cerca ketinggian seorang ibu dengan mengatakan dia tempat kedua selepas masa depan.jadi ibumu adalah keutamaanmu selain ALLAH dan AGAMA. ini kan pulak time wanita tua itu sakit. bukan aku kt LONDON pun xbleh balik klu ibu aku sakit.22km jer pown. agak2 lah nasihat.


'hah, ni ingat ni time ni? x ingat....'
crdt to: google image

masa depanku urusan ALLAH. bukan aku tidak bercita2 tinggi...tp aku bagi aku, aku pilih untuk jadi yg biasa2 saja kalau di situ ada keberkatan keredhaan.

between u&me: kalau gaji aku berjuta2, boleh ker aku beli tiket 1st class, penerbangan direct ke syurga?

Sunday, September 26, 2010

attackkkkk...!!!!!!!!!!!!!

pernah dengar pasal night panic attack?
.
.
dengar sudah lah jgn lah doa nak dapat N.P.A tuh. sengsara beb. bayangkan, malam2 mata dah ngantuk, baik jer landing kat tilam korang mula pikir:

-alamak...esok mesti ker jumpa si polan tuh?
-alamak hape pun tak taip lagi untuk siapkan thesis
-kene jumpa bos ker?
-bila nak keje nih
-account dah makin susut nih

dan macam2 lagi sehingga mata yg mengantuk xleh nak lena sebab otak masih ligat duk bpikir apakah esok dunia akan sekelam ini lagi. haaaih~sungguh terseksa. sungguh2! jgn haraplah malam nak aman kalau dah start tune otak ke jalan panik ini....'selamat' lah mengharungi malam yg sgt panjang tanpa mampu berbuat apa pun.

 'orang lain sama kah dgn aku'
crdt to: google image

Thursday, September 16, 2010

my new looks.

cik exsen baru lepas potong rambut. apa maknanya?
.
.

kalau cik exsen potong rambut kasik botak hanya ada satu jer makna...maknanya, cik exsen putus cinta. well2, benarkah. huhuhu. tp serius. ini kali pertama dalam hidup potong rambut sependek ini. sungguh lega...


between u & me: cuba buang semua....even rambut skali.

cmne baru bleh bahagia?

jangan percaya sangat kalau ada org cakap lebih baik mencintai org yg mencintai kita. sebab, xsemua indah macam yg kita tgk dalam tV. cintakan org yg cintai kita konon....cakap senang lah, cuba rase sendiri.....
  
sebulan dua bolehlah bahagia, cuba dah bertaun...menangis, meraung, sakit hati, nak bunuh diri, maki hamun, itu mungkin akan jd makanan hari2
korang tau kenapa ini bleh terjadi? sebab...manusia itu boleh berubah. so bila dah start berubah....dia dah xkan rase apa yg kita rase. dia dah xkan sedih time kita sedih. dia dah tak kan sedar time dia lukakan kita. dulu tau cakap apa?

saya xtahan tgk org buat awak sedih
saya xleh tgk awak nangis sorang2
saya akan temankn awak
saya bla..bla..bla...

sekarang tau alasannya apa?

'xtahulah kenapa saya jadi camni' - ko dah gila?

tp ada sorang lelaki nih cakap kt aku....
'terluka kerana mencuba itu lebih baik dari kekesalan kerana menolak' - (saya jtuh cinta dgn lelaki ini, tp belum cakap =) huhu )

so, pada semua org, kalau rase terluka hari2 itu lebih baik....terima. tapi kadang2 bila dah terluka, for sure akan menyesal sbb terima juga. =) life comes with risk u know...anyway, relationship needs effort, kalau dah berhenti berusaha membahagiakan pasangan masing2, at that time u know that u both r in a big trouble.

itu belum lagi masuk kes scandal...hahaha.cinta itu kamu yang pilih. so apakata jaga elok2. semua org nak bahagia dan hidup tenang. kalau satu pihak jer yg menangis, maksudnya usaha itu belum cukup. kalau dengan melakukan perkara yg remeh temeh yg xperlukan tenga, duit itu boleh buat si dia bahagia, apa salahnya? bukan si dia suruh kamu pergi mati pun kan? kalau hari ini kita buat org derita, menangis....ntah esok, tuhan bagi kita plak rase benda yg sama. sampai bila2 pun xkan bahagia kalau kita tak cuba. so, bercintalah dengan berusaha. akhirnya penat itu akan jadi bahagia.

between u & me: ini kisah benar...xder tokok tambah. panjang sket entri ni. ahaks.

Wednesday, September 15, 2010

will u just disappear just because i want u to?

i don't want to go back to where i was before.
there...the place that i lost my mind.
my trust.
myself.
.
.
i love it here.
.
.
i just want to end all this. now.
just let me...
crdt to:google.image

between u & me: kenapalah rase benci sgt kt satu tempat 22km dari umah aku ni...dan semua yg benyawa kt sana.

Monday, September 13, 2010

2nd thought. me being naughty.

second thought.

selalunya bila dalam exam, bila dah jawab a question, aku dah xkan padam lg dah jawapan tuh. kerana bg aku jawapan kedua hanyalah ragu2. the 1st answer is the correct one. and it always do. i never have second thought because i always decide thing with a clear head. till last couple of days...

kerana terlalu banyak pilihan, maka akan wujudlah second thought. sebab itu kadang2 aku risau bila ada terlalu banyak pilihan. kecuali pasal baju, kasut, sliper...huhuhu~itu perlu ada pilihan. =)

life is about answering question: what, where, when, who,why....so it is actually ok to have a second thought for everything. rite?

red shoes for red dress...or maybe blue shoes is better
diet for a slim body...or maybe just eat for life is short
touch up and develop high self esteem or plastic surgery to be beautiful.
 
till last couple of days....

on my second thought, joining a school reunion might be an opening to a whole new world for me. i kind of like that. hurm...looking forward for that day.

between u&me: romance music in the air. aku jer ker yg rase perasaan ini?

Sunday, September 12, 2010

tag from ultra-TONG

 
i dont do tag. cause i dont like questions. but this from mr. ultra-TONG so...here we go~

1 . Apa yang bermain di fikiran you all sekarang ?
PUTUS.

2 . Apakah nama samaran you ?
shade

3 . Berikan 3 orang yang you sayang ?
family
till last nite-mr.ultra-TONG
someone-out there

4 . Panggilan untuk si dia 
wan, mr.ultra-TONG, pakwe saye

5 . Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa .
the original him.

6 . Blog mana yang you all suka visit ?
sume skali

7 . Sila tag satu blog...
i dont do tag. really =)
between u&me: i hate this moment.

Thursday, September 2, 2010

makanan org mengidam

hari ni pepagi lagi dah masuk dapur. rajin nya anak dara. sepatutnya pergi lab bekerja tp diatas permintaan en. ultra-TONG yg mengidam nak makan sushi, cik exsen pun terkam lah dapur dulu. nanti bila dah masuk lab payah dah nak kuar. kalau dah masuk lab, alamatnya kempuananlah org yg mengidam tuh.

semalam en.ultra-TONG beria2 pergi cari bahan2 nak buat sushi, lgpn taklah susah sangat buatan sushi ni. godek2 siap so bila dah buat masukkn dlm fridge, nnti petang amik untuk berbuka dgn en. ultra-TONG.

alhamdulillah dah siap, wlpn dlm proses pembuatan cik exsen hampir2 kantoi pose. godaan baunya.


ehsan : google image
tp i punye sama jer...cuma camera dikidnap org. mungkin kt page en. ultra-TONG ada pic.

between u&me: masak utk en.ultra-TONG mudah...sbb dia cakap sedap aje xkira cmner pn.ahaks.penipu betol pakwe.

sudah.lepas

Related Posts with Thumbnails