follow me shampoo~

Thursday, December 31, 2009

keje amal...

semester ini alhamdulillah...dapat jadi demo. walaupun bayaran untuk demo agak mencabar tenaga yg dicurahkn, tp rezki tuhan wajib disyukuri. InsyaAllah bila bersyukur tuhan akan jadiknnya mencukupi. tp pensyarah untuk subjek yg aku demo nnti dengar kate tak berapa ok lah kemanusiaannya. itu cakap2 students yg pernah amik subjek dia. kata dorang lagi...'alah biase lah, pensyarah bertitle CIK..mmg kerek!' aku malas nak cakap lebih sbb tak kenal maka tak cinta. gituuuu~ takpe, tiada yg perlu ditakuti melainkan Allah semata2. isyaAllah ok. tp nnti kite tgk lah....update kemudian.

Wednesday, December 30, 2009

kawan prabayar

setiap orang ada cara sendiri untuk meyelesaikn teka teki hidup masing2. tak semua benda boleh di kongsi dengan satu dunia. even dengan kawan. kerana itu...kawan2 seharusnya paham. kita bukan menyakiti kamu kawan, kita cuma tidak mahu membebani kamu dgn cerita yg sama setiap kali berjumpa.

menyelesaikan masalah itu perlukan masa....dan demi masa, kamu terasa terabai. kamu terasa tersisih. kamu terasa ditinggalkn. cubalah lihat dengan hati yang bersangka baik dan kasihan. sahabat kamu punya masalah, dan the best thing you could do is...'let us ignore her/him?'
.
what are you actually?
.
kata seorang sahabat aku:  'manusia sekarang sudah hilang sifat HAMBA dalam diri...kerana itu dia selalu marah, kerana itu dia selalu bangga, kerana itu dia selalu benar. ubat nya satu...kembali kepada TUHAN'

kawan itu ertinya berbeza2. tapi klu kamu tanyakn aku? susah...kerana aku tidak tahu. aku meletakan harga untuk kawan2 aku. dan aku bayar mereka dengan HATI aku.  jadi aku tiada jawapan untuk 'apa ertinya kawan?'


(kredit to: google image)

kawan itu bukan tempat kamu terkam bila ada masalah.
bukan untuk kamu maki bila kamu marah
dia bukan tempat kamu sandar bila kamu letih...

dia adalah cermin kamu. yang kamu tilik kebaikan dan keburukan.
yang bila kamu ada masalah dia jua bermasalah. sama2 memahami.
yang bila kamu marah dia turut terasa...demi membela kamu.
yang juga bila kamu letih dan dia letih, saling bergantungan.

dia hanya cermin kamu.
reflection. belajar tak reflection???

apa yang kamu bayar dengan hati kamu?

update: kawan prabayar...klu kamu tak topup. dia pun expired. hurrrmmm~

between u & me: kita cuma berpisah masa. dan kamu bertukar watak?

Sunday, December 27, 2009

things that we don't forgive nor forget

ada banyak perkara berlaku dalam kehidupan kita. ada yang kite akan terus lupa, ada yang perlu semalaman, ada yang perlu bertahun dan ada gak yang tak mungkin, tak mungkin. tak MUNGKIN  lupa. biasenye perkara yang melibatkan air mata adalah perkara yang tak mungkin dilupakan. (ko tak tahu ker menangis itu penat dan sungguh mengganggu perasaan?bagaimana mungkin lupa.)



this is not the place you want to be abandoned

this is what i have to say to someone from my past:

' i can't look into that eye without seeing the flashback how i was left alone. How you walked away and broke all the promises you ever made without feeling sorry to me. just for an EGO, you ruined whole my day. i can't even fake a smile to cheer myself yet can't stop hoping 'he's gonna find me'

but till the end, it just nobody but me.

i cant never forgive nor forget the feeling how you abandoned me that day. since then, i can't talk, i can't face and i can't hear you. because now, everytime i see you, i feel so...

EMPTY.'

between u & me: how dare you call yourself a GENTLEMAN when u abandoned a girls at the place she barely knew?shame on you!

Tuesday, December 22, 2009

sarapan gedik

ramah pelik pulak pekerja kt warung nie...siap bawakan aku dan teman istimewa (ececeh~) ke meja makan, siap tunjuk kerusi mane patut aku duduk. rupanya hanya untuk diperalatkn. tp xperlah...sbb service dorang arini 4tumb up!roti canai lembut cm kapas gitu...


ada shooting untuk promosi warung nie yg bakal ditayangkn di ASTRO 'WARUNG KITA'




between u & me: patutlah hati tergedik2 nak bersarapan...FAROUK tuh cakapnye lembut dan sopan gitu!

Saturday, December 19, 2009

'F' stand for everything


(credit to: Google.com.my)

setiap orang bertanggungjawab terhadap perasaannya sendiri. kalau dia mahukn kegembiraan dlm hidupnya, pasti dia akan melangkah dan menuju ke arah itu. tp sehebat manakah kita mengawal perasaan kita? mungkinkah org lain tidak dapat mengganggu gugat perasaan kita? adakah kita tidak menggangu perasaan org lain juga?somehow, somewhere...people are breaking your heart as you broke theirs. feeling hurt? serve yourself rite!

ada yg berlagak tidak berperasaan? SUDAHLAH. kecelaruan perasaan itu lebih jelas bila menipu diri sendiri. kan?!

between u & me: mane ada org tak peduli dgn perasaan sendiri!

Thursday, December 17, 2009

improvement bebeh~

aku dah improve somthing dlm diri bagi tahun ini. 2009. iaitu...COOKING! dah banyak menu dah cuba. al-maklumlah bukan suke sgt masak memasak nie, cuma tgh BUDGET. so...terpaksa lah. safe gak duit makan wei! serius. boleh masak mcm2 tapi dgn harga yg lebih murah. itu pun klu pandai masak bnyk menu lah kn!

starting mmg payah lah kan. lepas masak jer mesti kene tido. kumpul ENERGY. aduh. sepanjang aku masak untuk kemaslahatan poket nih...cabaran nya sama jer macam aku running lab. gile. penat dan critical. silap sket...laen dah rase.hurrmmm~

tp moralnya: aku dah boleh survive klu ditinggalkn seorg diri kt umah. huhuhu~alhamdulillah.

between u & me: saya sayang peti ais umah saya!!!

Tuesday, December 8, 2009

panggilan nikah

ini 1st time aku join majlis kawen member sekelas dan sekampung aku. sebab dia duk depan umah aku. yang lain2 pasangan, sorry sbb slalu ada jer halangan time2 korang kawen. tp dunt worry...aku doakan semua org bahagia. so, apalah salah klu doakn aku skali kn?huhuh.ameeen.

tema: merahnye mak tijah~


(special pose sbb aku org last smpai umah dia...huuu~)
between u & me: menaip entri sambil piker2 butik mane sliper pengantin tuh ek?

Monday, December 7, 2009

life, me

saya sebenarnya sangat sensitive. semua bende yg berlaku, yang dicakapkan, hadir di sekeliling saya merupakan benda penting. saya tak tahu cmner nk describe tp percayalah saya sgt percaya yang 'everything happen for something important'.


saya complicated. agaknya...


between u & me: jgn main2 dgn kepercayaan org len...

Friday, December 4, 2009

biar hati bekerja (skali sekala)

bila kita benarkan diri melihat sesuatu dengan jelas walaupun penuh dengan rase tidak puas hati dalam diri ...itu satu petanda kemaraan untuk ke satu lagi stage dlm hidup. mungkinkah itu tandanya iman sudah mendahului akal?emppp~what do you think?. kita benarkan diri mendengar apa yang mahu diberitahu oleh orang lain sebagai permulaan dan mengkajinya dari sudut pandangan mereka yg berkata. bukan bermaksud menjadi org yang lemah jika diri tidak nmpak kebenaran dan menerimanya daripada orang lain. well...kita semua manusia biasa cuma.kan?salah sana sini...xlah teruk sangat kn?

tegur menegur dan ingat mengingati itu namanya saling melengkapi. bukan menjaga tepi kain sesiapa tp ulang lagi skali, melengkapi! kerana itu mungkin, manusia dicipta dengan sebegini ramai. ek?!. oh~bukan ek?ntah itu hanya pandangan semata2.

sekali sekala...cubalah dengar, lihat dan paham dengan hati yg bersangka baik.

between u & me: xperlulah rase diri kita jer yg betol...yer dop?!

Thursday, December 3, 2009

beralih angin..

bocor...! atap umahku bocor. bocor lagi.bocor lagi. kena selamatkn segalanya!
.
.
mesti siapkan dlm mata 2jam.
buang buku dr rak.
tarik kuar rak buku ke sana
angkat barang dari bwh katil.
seret katil nyah dari bilik.
kuar baju dr almari.
angkat almari kuar dari situ.
.
bilik?hancur lebbbburrrrrr!

ok. tarik katil letak posisi baru. ahha..masih ditingkap.FAV!
betolkn langir. tolak rak buku masuk dan baling buku masuk rak.
tarik almari baju dan sangkut baju leklok. kedut kang kene iron balik.sia2!
pasang tilam dan settlekn yg selebihnya.
.
cuci kipas cuci badan.
.
finally...REHAT TIME!!! alhamdulillah. tak sabar nak tidor mlm nie. beralih angin...beralih mimpi.

kes atap tu..biar lah tuan umah yg panjat. kang klu aku panjat pakcik rase ati plak. kate aku sindir dia. xperlah bg dia buat keje sket.bangat2!!

between u & me: jumpe dah kat mane bau busuk itu. siot jer.

Wednesday, December 2, 2009

finally...DECEMBER!

setahun mengidam nak makan benda ni. finally....DAPAT! dalam keterharuan mendapat makanan ni, ada satu kawan saya ma...ckap itu makanan tak bagus ma. itu olang cakap daging tu daging rosak. that's why they at that kilang put soo much blackpapper sauce. to cover the bau! (ini adalah rahsia!!!!!!)

ok...terencat nafsu makan jap! tapi...hanya sekejap aje.hehehhe!then prap!prap!meratah makanan barat itu. ok sekali nie jer...smbil makan mula lah aku imagine bende pelik2. huhuhu~makan bende khayal lg best kot daripada makan sambil berkhayal. xder nikmat gitu...!!! tp xper..yg penting...dah tak mengidam lagi.

xbleh nak amik my pic at that moment coz my BIG SIS pinjam cam i bawak balik negri dia.huuhuh~

between u & me: daging tu ada bau sket laa...kan?sori xbgtau awal2.

Tuesday, December 1, 2009

hari gelap penuh peristiwa

dah dapat kabel internet. baik punye! ok. baru lah bsemangat nak bekerja. ecewah~FB jer memanjang mane ader keje nye!

kejadian ngeri hari ini ialah; hampir mati di lab.

lantai lab keluar mata air! wah...gile. naseb baik tak tergelincir. air-con? check! fan? check! paip? check! what could be wrong?? xper...lap lantai dulu. siasat kemudian.

tengah syok teropong checking baby2 amoeba zapppppp~terjuntai lampu jatuh kt kepala aku.huuuih seram! technician cakap screw longgar. time tuh lah jugak screw tuh nak longgar hah! sape lah yg duk sumpah aku mati ditimpa lampu nie???!mungkinkah....?huhuhuhu~(itulah mlm2 duk citer hal penunggu lah. penjaga lah. org minyak lah. tahyul2!)

dah abis 2 babak..NO!NO! xabis di situ ker kecelakaan...datang lagi kebocoran gas. this is too good to be true!!!! dah aku sorg jer yg ada dlm lab. tetiba rase dizzy gitu. ok. khayalan jer tu...positive2! yerlah...klu stay 5minit lagi sah2 kawan2 akan makan free selama 4o hari kt umah aku. al-fatihah jer lah.

alhamdulillah selamat bayangkn cmner keadaan aku, lantai basah dan kepala terpacak lampu??! nauzubillah tambah plak keracunan gas.hhhhuuuh~ klu tak...viva kt kubur jer lah esok. (mujur smlm dah solat taubat...moga2 mati masuk syurga.ameeeeeen~)


between u & me: 3 kejadian dlm 1 hari? petanda? pintu taubat...jgn tertutup lg!

sudah.lepas

Related Posts with Thumbnails