follow me shampoo~

Sunday, November 28, 2010

last words.

this blog will be shut for a moment until i feel right to blog again. this resulted from severely heart broken. i might be back. thanks to all readers. this is the last words from me.

Monday, November 22, 2010

main2 monsoon...

musim2 monsoon xtentu hala ni, kami satu family wat keje xtentu arah pergi mandi laut. budak2 kecik cik nonet sume kitorang angkut. 2hari gak kitorg jadik pemecah ombak. dipukul dipalu dek ombak tapi masih gagah bertahan. tp sayang sbb semua orang syok sangat mandi...lupa nak snap pictures kechantikan pantai dan aksi berani mati kitorg. xper....laut xkan lari. nnti kami terjah lagi!

sambil syok pasukan cari gali remis kitorang bekerja...tetiba 'aduh!' 'aduh!' semua orang bertempiaran...nah....remis yg dicarik, obor2 datang menyerang. aduyai...ombak yg besar bergulung2 kitorang buat dek jer, skali lepas 2-3 org kene serang obor2, BIG SIS kitorg panggil naik...terus ajak balik!. tp masa tambahan diberikan....selepas tuh, masing2 balik dgn rase pedih yg menyengat! uuuwwaaa~

tp...cuti kali ni mmg besh!!!!! wlpn remis semua dimakan dgn lahapnye oleh cik kaka sorg2.


lihatlah...bengkak dan berbintat2 tanganku...(itu abah cakap obor2 biase jer)

between u & me: jangan mandi laut time2 monsoon..BAHAYA! ingt org tersayang (kitorg g 1 famili so semua org tersayang ada.hikhikhik) 

Friday, November 19, 2010

you, me, and nothing more.

it is almost end of the year. it is almost time to say gudbye. it is hard to see people around walk away and leaves you behind. even they said you will always be in their heart, but fact is...they still leaving.

when they start packing things.
when they start talking about what future promise them.
when they start laughing on jokes they made.
.
.
at that time, you start to memories their actions. you start to recall their phases. you start to capture their images. you start to feel heartburn. heart attack. heart breaks down.
.
and when they really leave....you start to tears alone.   
.
.
.
how come time travel so fast? .

i'm not ready to be left alone

between u & me: it is harder when you told someone that u have nothing left, and he still walking, leaving you too....

Sunday, November 14, 2010

buku pilihan 1

bahan bacaan untuk anak dan diri korang. bagus. menarik. dan sangat sains. sapa kate sains bosan? baca buku nih...best woooo! serius, senang anak korang dan korang skali pandai sains! korang minat national geographic? tepat skali klu pilih buku nie...nampak logo tuh? yeah! aku pun dah bace buku ni. sangat basic sangat ringan untuk dipahami.

Saturday, November 13, 2010

He show me the way.

tau tak apa perasaan bila dugaan datang bertindih2?
.
.
aku manusia lemah, jadi aku rase sangat kecewa!
.
.
en.ultraTONG dengan setianya dan tabah berkata:
 'ALLAH tahu yg terbaik, jgn mengeluh..InsyaALLAH ada Khir sayang...'
.
.
tapi aku kan suke memberontak....jadi aku terus-terusan juga mengeluh. sehingga ALLAH jodohkan aku dengan lelaki lain yg membuat aku sentap! on the way ke rumah ALLAH, and he said ' insyaALLAH3x u'll find you way'. xtahu lah...banyak kali dah dengar ayat nie, tp xsemakna ini. DIA temukan aku dengan MAHER ZAIN.
.
syukur ada en.ultraTONG. dia yg membuka radio itu dalam perjalanan kami menunaikan solat di masjid. alhamdulillah, walaupun terasa berat dengan segala dugaan dan kejutan demi kejutan dan terasa seperti tiada tempat untuk bergantung, ALLAH ada. turn to ALLAH, He is never far away. teresak2 menangis time solat maghrib. walaupun ramai yg meninggalkan aku during this years...tp ALLAH sentiasa ada dan bukan kah Dia dah hantar en.ultraTONG untuk aku? dan MAHER ZAIN. hikhikhik.

between u&me: tetiba teringat seorang kawan 'pailunk' yg selalu sebut InsyaALLAH3x 2 hari sebelum tuh...(the sign..tp .terlepas pandang.)

Thursday, November 4, 2010

jaga tp selak.

saya dop baik sangat pun.
.
jadi xyah susah2 kate kat saya 'konon baik'
.
 len kali kalau awak usik lagi peribadi saya
.
bleh saya cakap kat awak 'konon jahat....aku bleh jadi lagi jahat' *ya TUHAN ampunkanlah aku.  sambil amik selipar dan tenyeh2 mulut ko. 




NO!NO!NO....!!!!!!!!!!*oh~pejam mata.

between u & me: tolong lah bg peluang untuk orang berbuat baik tanpa korang bprasangka. kalau nak jaga kaen org xpe, sama2 bg peringatan tp jgn jaga sambil selak2 dedah citer orang. xbaik woooo!

Tuesday, November 2, 2010

poor resolution.

tuhan dah tarik 1 nikmat dari aku....penglihatan yg jelas. peringatan untuk giat mengaji nih. sblm nie power dah bkurang dgn bnyknye. berkat mengaji setiap hari. sama2 sebut...alhamdulillah~ sekarang misi menuju 6/6 penglihatan! dan menambah amal ibadah.... =) hehe slow jer part ibadah ek?? dush!dush! amik...kan dah kene.

skang nikmat penglihatan semakin teruk kerana kecuaian semasa tido dan menyebabkan alat bantu penglihatan sudah ranap. oooh ini bermakna nikmat duit dlm bank juga akan berkurang kerana memenuhi tuntutan bercermin mata baru. bila nak g beli nie....sakit dah kepala hotak nie dengan resolusi penglihatan yg sgt2 lemah. adoyai~

semalam pergi mengadap laut seorang diri...dgn penglihatan yg kureng ini, paling tidak masih mampu melihat kebesaran TUHAN. sama2 kita sebut alhamdulillah~


ombak datangggg~!!!!
bushhhh!! besar gile ombak.
lepak atas kayu nie...
beg tinggal beg...tn dia nk terjun laut!!

between u&me: freedom is belong to HIM and given to those HE chose.

Monday, November 1, 2010

calling for pompuan cantik.

untuk semua pompuan kt luar sana...


'please. please....jangan cantikkn diri jer, tolong flush toilet. tolong jangan sepah2 klu xreti nak kemas.'


sakit hati bila jumpe pompuan cmni. 

between u & me: korang ...tolonglah jgn pandang muke jer, tolong nilai bende2 yg lebih penting. 

Tuesday, October 26, 2010

beribadah dgn menipu.

aku heran bila orang dah start keje. dorang mula tak kisah jam berkerja yg perlu dorang penuhkn. dah dapat keje yg menjamin masa depan. dgn elaun perumahan, dengan kenaikan gaji, dengan kemudahan kesihatan, dengan pencen, dengan segala jaminan kerajaan...tp rupanya makin malas jadiknya.

kalau aku yg xdibayar bleh masuk keje kul7.30 pg...korang wat ape lg time tuh? talipon kul 8.30pg, g makan. talipon 9.00pg, g makan. talipon 9.30, g minum, talipon kul10 masih minum, talipon kul 11...dah nak kuar makan lg. sebenarnya korang keje start kul brape nih??? kalau asyik nak g singgah cafe dari pagi smpi petang...baik korang apply jadi waiter.dah suka sgt kn? duduk lah smpi malam pun org xkisah!

orang bukak opis pepagi nak bg urusan berjalan lancar. otak tgh cergas. orang kejar masa cik kak oi. jam orang berkerja bermula dgn subuh, korang start lepas zohor ker?

jaga bahagian agama dah...tp xtahu yg gaji korang dapat tuh dibayar dari kul 8.30-5.00ptg. so jam yg korang tuang dgn g lepak tuh nak kira halal ker tak nih??? dah tak takut panas api neraka ker??

pendapatan nak tinggi...tp keje?

between u & me: kerja itu ibadah, klu beribadah bleh main tipu2 ker???dah berat perut...mmg payah nk wat ibadah.

Monday, October 25, 2010

shock but not too much.

satu hari dia cakap A and the next day dia buat benda yang totally contradictive . hurmmm~malas nak layan. dah sokmo2 dah aku jumpe orang mcm ni. so apa yang aku bleh buat ialah...just dengar dan pada masa yg sama aku tahu bukan bleh pegang sangat 'kepercayaan' dia nie. 

search2 blog tetiba dapat info baru yg dia xpernah cakap kat aku. well2, u played your character so outstanding my dear. i wish bila someone dah jadi kejam...aku lebih suka kalau dia terus kejam. like my big sis. i just love the way she is. no talam2 dua muka. salute big sis!!

no matter how far my friend ni pergi...no matter what story my friend is hiding from me...no matter who my friend is about to contact. do as you please. satu aku nak ko belajar...'SERIK'. ok?


we might have millions of friend, but who is being friend to us?

between u & me: when we all grow old....who will be the one you wanted to contact? 

Wednesday, October 13, 2010

AKU MAMPU *pitam~

sometime bila cakap kat orang yg senang hati...dia tak akan paham hati susah kita. bila bercakap dengan orang yang tak biasa susah, dia pun tak akan paham kehidupan yg kita ada. dan bila bercakap dengan orang yg bukan sama bidang....lagi lah susah nak berkomunikasi berkesan.
.
.
bila aku cakap aku stress dgn labwork.
bila aku cakap kadang2 menyesal pilih jalan ini.
bila aku cakap aku rase fed up dgn arahan dan ugutan.
bila aku kate aku nak bila aku nak.
.
.
orang tak akan paham. sebab semuanya ALLAH aturkan tak sama bagi setiap org. kalau ALLAH lebih tahu yg aku mampu harungi semua beban ni, insyaALLAH aku mampu. so aku akan bertahan. bertarung. bernafas...mungkin tidak secara normal, tp AKU MAMPU!.

between u&me: payah nak respect org yg buat hati kita ada corong neraka~

Tuesday, October 12, 2010

having fun at the peak.

coti2 malaysia. yeah...sedang2 sakit kepala menyiapkn labwork tetiba ada offer untuk berpoya2. apa lagik ditunggu? dengan pantasnya kemas baju dan dgn ala2 nak marathon aku hangkut semuanya menuju puncak. yeah~ 'FUN AT THE PEAK' kate LIM GOH TONG.

kredit to abang hipar dgn adanya beliau yg berkonvensyen di sana aku boleh berpoya2 di hujung minggu. hehehe~abg hipar org lain ada nak bawak??? =)

so enjoy the pics ok...


mula2 pendakian akan jumpa ini. so mmg sah lah jalan korang di jalan yg benar 
*lain lah klu g berjudi, sah2 sesat dah korg.hihikhik~



then korg akan jumpe check point 1st. ala2 castle gitu~dah xyah singgah2 sini..wat selamber jer masuk. *kalau ada bawak saka, tinggal kt sini k. duit judi xberkat! =)

bila jalan berliku2, sempat muntah segantang dua...then sampai lah kita. mula2 kene datang sini:


hah~ini lah  FIRST WORLD HOTEL. sila klik pd pic utk lebih jelas

xkisahlah korang nak stay kt mane pun, tp aku ada pic nih jer sbb aku stay kt sini. dah cukup mewah dah. nmpk tanda AWAS tuh? hah~awas lah duit korang selama duk bertapak kat sini. 


lepas check in kita akan dapat ini segala.

so, apa lagi..segeralah ke bilik masing2 solat taubat dulu sbb td kt lobi dah tgk mcm2 jenis manusia *minah seksi, abg hensem, macha, pak arab dan segala keturunan manusia. oh jgn lupa solat jamak yup! sronok2 gak  tp kewajiban jgn tinggal.


welcome to my room. TOWER 2, tingkat paling atas. lagi atas ialah bumbung hotel, harap maklum. silakan kalau nak lagi vouge menghayati kabus *katenye nak ala2 obersea kn~. 

so staying at one of the 6300 rooms at 28floor of FIRST WORLD HOTEL on the peak is scary u know. tp yg penting keindahan alam tuh mmg jelas la...bleh tgk kabus mengelilingi puncak dan bangunan. * kabus tuh nmpk cm gula2 kapas pun ada...oh lapar. jom tido dulu mengecas bateri supaya kuat dan bertenaga untuk menjajah taman2 permainan. goals: 40 rides!!!

ok. to be cont.

between u & me: shejukk~sedang berbungkus selimut smbil berpikir2 nak main apa dulu....

Tuesday, October 5, 2010

places for dating

semalam time dinner ngn en.ultra-TONG aku menguji kekuatan ingtnnya dgn bertanya

'kt mana tempat kita dating?'

mcm2 lah keluar jawapan:
.
pantai campus
pantai bt.buruk
KFC
PIZZA HUT
McD
kuantan
sarawak
masjid (masuk gak tuh dlm senarai..hish~)
Kelantan
library
PGC
KL
PHUKET.

hah????????? tetiba phuket? bila masa plak kami pergi phuket...adakah en.ultra-TONG???? ok. fine.eleh, aku pun ke BALI tanpa bgtau dia. padam muke! (ececeh~konon lah bali.)

sebenarnya jawapan yg saya tunggu ialah : jang!jang!


crdt to: amy.cematrix.net.

sini lah en.ultra-TONG. MUZIUM
saya kan suke benda2 pelik. kan dah bnyk kali kita lepak sini smbil tgk pameran.oh~

between u & me: saje jer nk ingtkn...sbb dah lama dia tak ajak pergi muzium. 

Sunday, October 3, 2010

me & math

bukan aku nak melebih2 lah...tp bila masuk bab matematik, aku mmg surrender. bila tgk no. banyak jer aku terus migrain. kecuali pasal duit lah kn...(kalau keluarkn duit bnyk kesnya jadi pitam plak!). tp serius cakap...kalau melibatkn kira2 nie, badan dan otak aku mcm xleh terima jer.  

antara kesan2 atau symptoms yg aku jelas kelihatan adalah:
1.migrain
2.loya-siap muntah2
3.dunia cm spinning je
4.cirit birit
5.pitam

insyaALLAH bleh kot jadi asbab untuk aku KOMA.
.
hari ini semua tuh jelas berlaku lg. sbb pg td ada kelas math. itu slps 3 tahun aku xblajar math tetiba disumbat dgn theory2 analisis data. makkkkk ai~serius bukan aku melebih2, klu xcaya tnya mak aku...sbb semalam dia tanye apsal nmpk xsihat jer. jwpnnya : 'esok ada kelas math'. sakan mak aku gelak.
.
org2 math...aku tabik r korang!
.

nih hah data nie...sapa nak bertanggungjawab untuk analisis? 
AKU JUGAK! adoiiii~

klu xkerana data2 nih, xdernye aku nk terkam kelas tuh. tp alhamdulillah...otak aku dapat gak serap ilmu itu dgn jayanya.
between u & me: en.ultra-TONG dah stand by untuk ke hospital.



Wednesday, September 29, 2010

paling mahal di tempat paling rendah.

'kunci syurga bg anak2 lelaki dan anak2 perempuan (yg belum berkahwin) adalah ditelapak kaki ibu. andai ibu redha dan ALLAH redha...insyaALLAH syurgalah tempat kita.'


seharian hati rase terkilan mendengar sebuah nasihat yg pelik benar pd gegendang telinga, pada hati seorg anak, pada iman seorang ISLAM bila ada yg berkata:

'kalau mak awak sakit pun awak kene berkorban demi masa depan. mak awak pun kene berkorban'

masyaALLAH. insaf untuk menjadi org yg berilmu tp tak berfikir.

wahai pemberi nasihat, seandainya kamu seorg yg kejam...tetap akan aku dengar nasihatmu seandainya ada kebaikan di dalamnya...tp ini kita berbicara tentang tempat di mana kunci syurga kita terletak. lain lah kalau dah ada suami.

kunci paling mahal tp diletakkn di tempat paling rendah. kenapa? supaya kita tunduk. jgn bermegah2. jgn mengada2. patuh. taat. (ini aku rase lah~)

jangan kamu cerca ketinggian seorang ibu dengan mengatakan dia tempat kedua selepas masa depan.jadi ibumu adalah keutamaanmu selain ALLAH dan AGAMA. ini kan pulak time wanita tua itu sakit. bukan aku kt LONDON pun xbleh balik klu ibu aku sakit.22km jer pown. agak2 lah nasihat.


'hah, ni ingat ni time ni? x ingat....'
crdt to: google image

masa depanku urusan ALLAH. bukan aku tidak bercita2 tinggi...tp aku bagi aku, aku pilih untuk jadi yg biasa2 saja kalau di situ ada keberkatan keredhaan.

between u&me: kalau gaji aku berjuta2, boleh ker aku beli tiket 1st class, penerbangan direct ke syurga?

Sunday, September 26, 2010

attackkkkk...!!!!!!!!!!!!!

pernah dengar pasal night panic attack?
.
.
dengar sudah lah jgn lah doa nak dapat N.P.A tuh. sengsara beb. bayangkan, malam2 mata dah ngantuk, baik jer landing kat tilam korang mula pikir:

-alamak...esok mesti ker jumpa si polan tuh?
-alamak hape pun tak taip lagi untuk siapkan thesis
-kene jumpa bos ker?
-bila nak keje nih
-account dah makin susut nih

dan macam2 lagi sehingga mata yg mengantuk xleh nak lena sebab otak masih ligat duk bpikir apakah esok dunia akan sekelam ini lagi. haaaih~sungguh terseksa. sungguh2! jgn haraplah malam nak aman kalau dah start tune otak ke jalan panik ini....'selamat' lah mengharungi malam yg sgt panjang tanpa mampu berbuat apa pun.

 'orang lain sama kah dgn aku'
crdt to: google image

Thursday, September 16, 2010

my new looks.

cik exsen baru lepas potong rambut. apa maknanya?
.
.

kalau cik exsen potong rambut kasik botak hanya ada satu jer makna...maknanya, cik exsen putus cinta. well2, benarkah. huhuhu. tp serius. ini kali pertama dalam hidup potong rambut sependek ini. sungguh lega...


between u & me: cuba buang semua....even rambut skali.

cmne baru bleh bahagia?

jangan percaya sangat kalau ada org cakap lebih baik mencintai org yg mencintai kita. sebab, xsemua indah macam yg kita tgk dalam tV. cintakan org yg cintai kita konon....cakap senang lah, cuba rase sendiri.....
  
sebulan dua bolehlah bahagia, cuba dah bertaun...menangis, meraung, sakit hati, nak bunuh diri, maki hamun, itu mungkin akan jd makanan hari2
korang tau kenapa ini bleh terjadi? sebab...manusia itu boleh berubah. so bila dah start berubah....dia dah xkan rase apa yg kita rase. dia dah xkan sedih time kita sedih. dia dah tak kan sedar time dia lukakan kita. dulu tau cakap apa?

saya xtahan tgk org buat awak sedih
saya xleh tgk awak nangis sorang2
saya akan temankn awak
saya bla..bla..bla...

sekarang tau alasannya apa?

'xtahulah kenapa saya jadi camni' - ko dah gila?

tp ada sorang lelaki nih cakap kt aku....
'terluka kerana mencuba itu lebih baik dari kekesalan kerana menolak' - (saya jtuh cinta dgn lelaki ini, tp belum cakap =) huhu )

so, pada semua org, kalau rase terluka hari2 itu lebih baik....terima. tapi kadang2 bila dah terluka, for sure akan menyesal sbb terima juga. =) life comes with risk u know...anyway, relationship needs effort, kalau dah berhenti berusaha membahagiakan pasangan masing2, at that time u know that u both r in a big trouble.

itu belum lagi masuk kes scandal...hahaha.cinta itu kamu yang pilih. so apakata jaga elok2. semua org nak bahagia dan hidup tenang. kalau satu pihak jer yg menangis, maksudnya usaha itu belum cukup. kalau dengan melakukan perkara yg remeh temeh yg xperlukan tenga, duit itu boleh buat si dia bahagia, apa salahnya? bukan si dia suruh kamu pergi mati pun kan? kalau hari ini kita buat org derita, menangis....ntah esok, tuhan bagi kita plak rase benda yg sama. sampai bila2 pun xkan bahagia kalau kita tak cuba. so, bercintalah dengan berusaha. akhirnya penat itu akan jadi bahagia.

between u & me: ini kisah benar...xder tokok tambah. panjang sket entri ni. ahaks.

Wednesday, September 15, 2010

will u just disappear just because i want u to?

i don't want to go back to where i was before.
there...the place that i lost my mind.
my trust.
myself.
.
.
i love it here.
.
.
i just want to end all this. now.
just let me...
crdt to:google.image

between u & me: kenapalah rase benci sgt kt satu tempat 22km dari umah aku ni...dan semua yg benyawa kt sana.

Monday, September 13, 2010

2nd thought. me being naughty.

second thought.

selalunya bila dalam exam, bila dah jawab a question, aku dah xkan padam lg dah jawapan tuh. kerana bg aku jawapan kedua hanyalah ragu2. the 1st answer is the correct one. and it always do. i never have second thought because i always decide thing with a clear head. till last couple of days...

kerana terlalu banyak pilihan, maka akan wujudlah second thought. sebab itu kadang2 aku risau bila ada terlalu banyak pilihan. kecuali pasal baju, kasut, sliper...huhuhu~itu perlu ada pilihan. =)

life is about answering question: what, where, when, who,why....so it is actually ok to have a second thought for everything. rite?

red shoes for red dress...or maybe blue shoes is better
diet for a slim body...or maybe just eat for life is short
touch up and develop high self esteem or plastic surgery to be beautiful.
 
till last couple of days....

on my second thought, joining a school reunion might be an opening to a whole new world for me. i kind of like that. hurm...looking forward for that day.

between u&me: romance music in the air. aku jer ker yg rase perasaan ini?

Sunday, September 12, 2010

tag from ultra-TONG

 
i dont do tag. cause i dont like questions. but this from mr. ultra-TONG so...here we go~

1 . Apa yang bermain di fikiran you all sekarang ?
PUTUS.

2 . Apakah nama samaran you ?
shade

3 . Berikan 3 orang yang you sayang ?
family
till last nite-mr.ultra-TONG
someone-out there

4 . Panggilan untuk si dia 
wan, mr.ultra-TONG, pakwe saye

5 . Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa .
the original him.

6 . Blog mana yang you all suka visit ?
sume skali

7 . Sila tag satu blog...
i dont do tag. really =)
between u&me: i hate this moment.

Thursday, September 2, 2010

makanan org mengidam

hari ni pepagi lagi dah masuk dapur. rajin nya anak dara. sepatutnya pergi lab bekerja tp diatas permintaan en. ultra-TONG yg mengidam nak makan sushi, cik exsen pun terkam lah dapur dulu. nanti bila dah masuk lab payah dah nak kuar. kalau dah masuk lab, alamatnya kempuananlah org yg mengidam tuh.

semalam en.ultra-TONG beria2 pergi cari bahan2 nak buat sushi, lgpn taklah susah sangat buatan sushi ni. godek2 siap so bila dah buat masukkn dlm fridge, nnti petang amik untuk berbuka dgn en. ultra-TONG.

alhamdulillah dah siap, wlpn dlm proses pembuatan cik exsen hampir2 kantoi pose. godaan baunya.


ehsan : google image
tp i punye sama jer...cuma camera dikidnap org. mungkin kt page en. ultra-TONG ada pic.

between u&me: masak utk en.ultra-TONG mudah...sbb dia cakap sedap aje xkira cmner pn.ahaks.penipu betol pakwe.

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!

satu2nya kenangan yang tinggal darinya.
.
.
hati jd keras. terima kasih.


credit to: google image

between u&me: mulai saat ini, aku merdeka dari kamo2.

Sunday, August 29, 2010

DIA lebih tahu

hari2 mendung semakin berarak pergi. alhamdulillah. syukur2 pada TUHAN. seminggu yg lepas rase cam nak pecah kepala sebab dugaan yg datang bertimpa2. hati yg tidak sabar ni adalah jugak merunggut wlpn sedar bahawa yg baik dan buruk itu datang dari ALLAH blake. biaselah...iman lemah. padan muka sendiri.

tp disebalik dugaan itu...akhirnya datang nikmat dan rahmat tuhan yg tersembunyi. microorganisms yg amat2 diperlukan selamat tiba ke pangkuanku. insyaAllah akan ku jaga sebaik mungkin. tp hidup matinya di tangan ALLAH. terima kasih HUSNA, PIJAH, AFIZA, SOON JEUN. sebenarnya koranglah rahmat tersembunyi dari ALLAH untuk aku. DIA MAHA MENGETAHUI.

hari ni, satu lagi berita gembira....lab aku dah ada WiFi. so, senanglah semua orang nak search information. xderlah terpaksa berkongsi2 LAN. kan? alhamdulillah. alhamdulillah. oh, asyik2 sebut alhamdulillah nie...korang tahu ker salah silah sebutan alhamdulillah? NO!NO!NO!...baru terpikir ek?



credit to: google image

alhamdulillah diajar oleh ALLAH direct kepada Nabi Adam A.S selepas terbentuk hidungnya. selepas Allah menjadikan hidung Nabi Adam A.S, Nabi Adam terus terbersin. lalu ALLAH menyuruhnya mengucapkan ALHAMDULILLAH dan ALLAH menyebut balasannya dengan YARHAMUKILLAH. seterusnya ia menjadi amalan kita...wallahualam.

between u&me: terimakasih semua yg menolong saya....muah2!

Monday, August 23, 2010

pulangkan. NAH!

awal pagi td...cik exsen datang lab untuk meneroka ilmu sains yg tertangguh semalam. bukak2 jer pintu lab, NAH! labcoat yg dah hilang tuh sudah kembali. mak ai...powernye ilmu seruan aku. tp mmg yg tukang amik tuh kurang senonoh betol...time dia amik tuh bukan main yg blipat chantek. wangi. tp time mengantor? masyaALLAH..dicampaknya bgulung2 atas bench tepi pintu. dgn kotornya, busuknya, kedutnya.wooo~ ko pakai bawak pergi gali kubur ker lab cmgini weih? kata kakak yg kt lab aku nie...orang tuh saje nak sabotaj kot. ok. STOP!
.
rewind.
.
no!no! selain dari menyakiti en.ultr-TONG i xberkenan nk usik org lain k. akak takut dgn dosa. tp mungkinkah dia sakit hati pasal benda lain?hurm...maaf, saya cuma ada saya, lab dan en.ultraTONG serta sahabat2. so xperlu nak sakit2.
.
.
tp bg orang yg hatinya berpenyakit...hurm, kita jumpe kt padang mahsyar jer lah klu gitu. settle apa yg patut.
.
.
terima kasih pulangkn. hutang2 biar ALLAH jer calculate k. wallahualam.

between u&me: klulah duk miami...aku dah g jumpe HORATIO CANE. CSi gitu...

Friday, August 20, 2010

godek2 utk gagal

dalam banyak2 perkara yg buat aku tension sepanjang belajar ni xlain tak bukan iaitu bila jumpa journal best yg mmg sgt berkaitan dgn reseach kita....kuar ayat ni: 

1. please contact your librarian
2. you are not subscriber
3.access to this content is restricted
4.buy online access to this article

nak access bahan ilmiah bapak payah...cuba klu laman 18sx, masukkn umur jer (tahu tuh..!!).haiih~

between u & me: librarian aku nie beli laman mane yg xbleh access blake nih!hurrrm~

Thursday, August 19, 2010

berdarah2...

pepagi semalam masuk jer lab dah rase nk bambu orang. mane taknye...labcoat hilang.
mmg rase kembang nafsu amarah ni.
yg paling aku xley blah...pandailah sgtnye amik labcoat yg aku dah cuci bersih. clorox, gosok, tambah pewangi siap..!baru jer aku pki sekali...terus hilang. time duk tergantung kt dinding selama bertaun2 hitam gile xder plak berkenan! kot yer klu pinjam...taruk lah note ke ape ker.
mmg itu bukan labcoat aku...tp serius labcoat tuh dah bertahun hitam begitu. yg tetiba ada org tuntut plak nie apa kes?klu aku biarkn tergantung hitam legam gitu...16tahun pun takde org gal mengambilnya!
dan aku rase tuan empunya labcoat tuh dah selamat keluar dr campus ni, xkn lah dia dtg balik bila tahu labcoat dia dah suci?heran!

aku mmg suka pakai labcoat. bila pakai jer rase cam tanggungjawab tuh ada.so adalah gesaan untuk buat kejekn?huiih~so, arini aku malas wat labwork. sbb...labcoat xder!


pulang kan...!!!!!!
(crdt to: google image)

between u&me: hati berdarah sbb nie kn bulan pusa so xleh nak maki2 orang sesuka hati.


Tuesday, August 17, 2010

stop or i'll cut u off?

he was crazy about her.
.
.
.
then he found another girl.
.
.
.
since forever he found jejak kasih  the 1st girl that he was crazy about years ago.
.
.
today...'ko atau pompuan tuh yg nak 'jalan' dulu?''



almost perfect. 
(crdt to: google image)


between u & me: sambil surfing FB, mane lelaki plg cool time form 5 dlu...ahaks!






Thursday, August 5, 2010

kuang ajar punyer housemates

banyak plak yg menumpang kt umah sewa aku. dulu benda lain. skang menatam lain pulak yg nak menumpang. kesian housemate2 yg terpaksa menahan kesabaran kerana dorang ni.


inilah housemates baru aku...

dah dah menumpang, sibuk nk menggigit lah pulak! nie mesti sbb hutan dah ditebang untuk bangunan baru kt campus ni. haiiih~ setiap malam klu dikumpul2 bolehlah segantang dua. boleh lah masak bubur beras hitam sodap kot~uweeek

Wednesday, August 4, 2010

calling for help

semalam xbley nak tido lagi. mcm dah lama xleh tido dgn betol. bila nk pejam mata jer tingat mcm2. today dah masuk hari ke berapa dah demam. sakit kerongkong. sakit dada. sakit kepala. sume rase sakit. kifarah apa agaknye ek?emmp~sabar jerla.

last couple of days, my mom datang dgn abah skali. ajak kuar dating. klu dah nama dating...mestilah pergi shopppppping! hahah~tp bukan shopping baju rase tp mesin jahit ok! abah paling terror skali dalam dunia nie klu bab tawar menawar. patut ajak abah lain kali klu teringin nk shopping brg2 mahal.tududuud~

makan mee sup utara kt dgn campus. lepas ni, ma ckp dah xyah pergi kuantan semata2 nk makan sup keling. katanya. sup keling tuh fav ma sejak kawin. pantang klu sebut sup...mesti SUP KELING nama mu teratas...tp kali nie dia cakap dah jumpe ganti. huhhu~xsetia betol ma nie.

sekarang adalah waktu tension paling tension. lebih tension dari demam. skang tgh kerjakn EXCEL. tp apsal graph dia lain mcm jer...uuuhhhhhhh~aku benci nomborrrrrr!benci graph!

between u & me: tgh tunggu en.ultra-TONG abes kelas dgn pangeran brunei. nak mintak dia settlekn msalah ni. dah tnye pakcik google.com tp tetap buntu!wwwwaaaa~

Monday, August 2, 2010

inspiration for today

nampak gambar ni?


(k.dah...i amik u punyer jap!)

yes! sedang mahukan itu....insyaAllah~ mahu lebih tekun abiskn research skang, dan untuk step seterusnya memakai topi koboi itu. phD holder jer yg bleh pakai. insyaAllah2. tp kaler hijau xdop ker?sedikit frust! =)

between u & me: kesedaran lambat datang..tp Alhamdulillah tidak segan untuk mengaku dan mengambil langkah mengatasinya!cik exsen...chayyok!!!! xsabar nak bela keluarga (smbil duk pikir kasut apa nk pakai bila grade.ahaks!)

Saturday, July 31, 2010

clock's tickking so slow today

rase cam berabad sejak kali terakhir menulis di sini kan? bapak2 ibu2... (sambil gelek inul *pengsan~)

too many thing happened. here. *my heart. sampai kadang2 terbawak2 ke mimpi. macam2 mimpi. ala2 ASTRO!

today, situasi dalam diri tidak terlalu gembira dan tidak terlalu sedey. just so-so. lebih baik begini kot. rase nak pergi terbungkang kt pantai sambil pandang kaki langit. *jom! (sambil jeling en.ultra-TONG tgh meneliti thesis dia~oh, sungguh ilmiah pakweku.)

mahu hilang.
2,3 hari ni terasa penghujung hidup sudah hampir. what should i do.

Wednesday, July 14, 2010

obituary. oh my~

2hari termasuk hari ni aku rase dunia aku kelam jer...bila aku kabarkn pada mak aku soalan pertama ditanye
'ada wat salah ape2 ker arini'? yer kami adik beradik dibesarkan dgn satu pegangan...setiap kesalahan pasti ada balasan dari tuhan. oh~masih terpikir2 apakah kesalah itu...

my wallet and camera dah diculik. ya Allah...masih sedih aku ini. KAU tahu kan? everything happened before my eyes.innalillah~

ya innalillah...pasti ada hikmah. pastinya yang terbaik ALLAH akan bagi ganti. (dlm hati masih tertanya2..).

bukan mudah untuk aku dapat satu2 barang. bg org lain yg hilang mungkin hanya wallet+duit+camera. tp bagi aku...lebih.

2semester aku kumpul duit not rm5 untuk beli camera tuh. selama nie cuma usha dlm majalah. usha dlm internet. usha ikut tingkap mall. dalam beberapa hari lg akan cukuplah usia camera tu 1tahun. klu aku bela anak...maksudnya anak aku yg berusia setahun telah diculik! paham perasaan itu? itu yg aku rasa...

tp syukur. itu hanya harta dunia. redha itu lebih baik. tp bukan senang tau...

pencuri...
kenapa ko masuk lab aku untuk mencuri?baik ko tolong aku wat research. aku hbs cepat, aku dapat keje, aku amik ko jd R.A aku. ko dapat duit bulan2. ko bleh shopping sakan. tp nie...ko nak jugak senang cara mudah.ish2!

camera tu my 1st camera tau...klu pakai elok2, skrin dia jgn tekan kuat2...(kabel transfer ada ker?)
wallet tu dah tua..tp itu my 1st wallet. wlpn dah koyak zip dia, tp cantik kn B.U.M ?
ko bukan aje amik kamera yg bharga rm1300 dan duit poket rm20 tp ko dah sbbkn aku terpaksa bayar JPN rm210 untuk ic baru. Bank islam rm22 utk kad baru. BSN rm(xtau lg), JPJ rm(xtau lg). MYDIN rm(xtau lg) nama senarai ubatan aku, gambar cincin yg aku suka dan gambar pakwe 1st aku. so kira!

aku nak ko mimpi ngeri aku tiap2 malam.
aku nak klu ko mati jeritan ko smpi satu dunia dgr.

oneday...kt padang masyar aku akan kenal ko gak...sbb ko akan bawak camera aku dan wallet untuk mintak maaf dr aku. ko tau xsaiz 2 bende tuh besar mane kt akhirat? klu 1sen bleh jd sebesar gunung ko agak2 camera bleh jd sebesar mane???? siap ko! ko ingt ada jentolak ke kt 'sana'?


 Sony Cyber-shot DSC T-77 camera dlm kenangan

oh~hampir pitam byk kali arini...xbleh lalu kut kdai sony dah..mungkin akan mati bergelimpangan kerana kesedihan.

between u & me: ok. jumpe pencuri, ko di 'sana'... !

Tuesday, July 13, 2010

erasing memory

there a few things that really upset me...about people. kadang2 bila cakap xmau pikir, takut jadi mental plak jadinya. kate hati dah redha...tp masih duk teringat2. haih~

1. bila jumpe yg lebih baik...tinggal yg lama. sdgkn bersama yg lama mcm2 dah lalui. (how could you? ingat nie kaunter tukaran wang asing ker?)

2. emp...(kenapa xdatang plak idea nih~)

itu jerlah setakat nie. tp entri arini dipengaruhi oleh emosi selepas chatting dgn seorg sahabat. she/he use to ask me everything...but she/he grew up and flew away. dan ini...kesan tinggalannya dalam memori aku. good job! *sigh~

crdt to: majaak.com

between you and me: girl/boyfriend...ko pilih sapa yg bg manfaat lebih bnyk kn? stop that...it wont go anywhere.

Wednesday, July 7, 2010

i wanna break

what if i say my heart so in pain.
my chest so tight and i barely catch up my breath 
what if i say i couldn't face those feeling alone.
what if, what i really want is actually a break?

.
.
.
will someone give me a break?
will someone hand me A KIT-KAT?
.
.
kit-kat, take a break.
(arg...sedapnya coklat kit-kat cair dalam molot!)

 i wanna be here, lay down my head. close my eyes. and KOYA.

Tuesday, July 6, 2010

she got attitude

yer saya tahu untie keje...ada pendapatan tetap, hidup goyang tangan jer. hari hari pegang penyapu dan penyodok.
yer saya tahu saya cuma student...xder gaji, hari2 cuma tau pegang pipet, inoculator dan jugak cuma buat SDS-PAGE, FPLC, culture bacteria, amoeba (ececeh~)

untie mampu beli henset yg ada radio bleh dengar HITZ, SURIA, HOT, ERA dan segala...
saya punye cuma bleh SMS, MMS, 3G, TV, CAMERA, WiFi (eh, sejak bila tukar henset murah ada semua nih? =p)

tapi makcik pernah kenal natam bende kecik yg org bg nama earphone? atau pun nak lg vogue, makcik tala jer headset. makcik senang hati..jiwa saya pun xkacau.

nanti makcik beli hadiahkn saya satu sebijik cmni ek! janji tau.

luahan hati bila makcik cleaner pasang lagu bapak kuat masuk bersih lab aku. taulah makcik ikut perkembangan dunia hiburan, tp agak2 lah. masuk tempat org kasik hormat siket macam saya yg muda cada nie tau hormat makcik. ikut hati saya mau jer lawan radio henset makcik dengan peti suara semula jadi saya ni. haiih makcik...sabar jer lah.

cleaner aku wat keje..pedula apa telinga org

between u & me: len kali pasang lagu up to date yer makcik.

Monday, July 5, 2010

how sure u r

Life is not sure.
It just a day away.
Sometimes too fast.
sometime we die waiting.
.
.
die?
that's the only positive thing that surely happens.
for the meantime...let us work on things that we won't regret later.

  credit to: Google image

between u & me: in a scale of 10,berapa baik kita sesama manusia?

Sunday, July 4, 2010

sorting chapters of life

sungguh menyakitkn hati bila running lab tp xdapat result yg cantik. dah lah sample tuh siket. tp dugaan...'nak dapat yg baik kene bkorban' adush...sekarang suk sorg2 kt bilik FST, pinjam dari member baik. saya suka duk sorang2. ada satu ruang dalam otak ni terasa aman. bukanlah benci kehidupan sosial...cuma damai itu hanya di sini, sekarang. pinjaman.

me is different now. xmau cakap orang lain berubah...tp mahu cakap diri sendiri yg dah berubah. i need sometime to be alone.i can't stop thinking about a few thing...and i can't pretend i don't care.

but somehow...masih ada harapan. TUHAN kan ada.

between u & me: again, life isnt that beautiful actually. at least not this couple of years.

Monday, June 28, 2010

poor ENG, bravo GER


semalam teman en.ultra-TONG tgk bola kt warung kita. warung mana lg...warung 24jam warung siang-malam. wah dah beli projector baru SONY. gambar mmg puas hati sepuas hati harga natam tuh.2malam dah tgk bola kt 'big screen' kt syahbandar, tp en.ultra-TONG komplen sakit bontot sbb duk kt lantai tanah. ok2. silakan nak tgk kt mane...saya memfollori je.

GER vs ENG. huahahahhaha~ENG kalah.

separuh masa pertama mcm best gak tgk sbb 2-2 team tuh nmpk bsemangat serang menyerang. GERMAN mendahului dgn 2 goal. then ENG dpt 1 goal. yg kesiannya, sepatutnya dpt lg 1 goal tp pengadil teruskn jer permainan...so xdikira. nampak dah ke'sial'an utk ENG malam tuh...

then separuh masa ke-2 tuh game dah hambar...GERMAN terus menyumbat lg 2 goal...syabas beta!ENG hampeh...dalam hati aku adalah doa siket supaya ENG dapat jaringkn goal, tp 4 orang kt belakang skali dgn si TERRY suka scandal tuh pemalas! nak kejar bola pun malas. 4-1 boleh laa~poor ENG.paling kesian dekat LAMPARD dan ROONEY.

aku xderlah sokong maner2 pun...ntah, aku acknowledge sape yg berusaha. bukan atas pagar. kadang2 masalah aku ialah bila aku tgk penjahat berusaha pun aku terharu gak.haaiih~

tahniah cameraman:
siap tunjuk DAVID beckham  yg sugul.
siap tunjuk kasuk NIKE yg menaja kasut pemain. yer en.ultra-TONG xkan nye beli kasut korang tuh.huhuhu~

between u & me: tersengguk2 aku kt meja siang-malam tuh. sorg2 pakai tudung. org lain kt sekeliling bila nak insaf??

Friday, June 25, 2010

mari melaram.

en.ultra-TONG belikan tudung. actually 2 shawls and 2 syria inner. 1st time in life aku bukak youtube.com untuk tgk cara2 menggayakan tudung berbelit2 sakan ni. agak pening tgk sbb bukan gaya aku nak membelit2 leher ni. tp sebagai tanda terima-kasih aku gagahi jua. mak aiiii~ponin den!

citarasa en. ultra-TONG sangat pelik. belikan tudung kaler deep pink?my gosh...manelah aku pernah melaram dengan kaler2 pink. kind of not-go-with-pink girl. bermula saat itu, melaram lah cik EXSEN ini.

en.ultra-TONG kate elok pkai tudung camni, kemas, tutup dada, sopan dan muslimah gitu (tabligh =p hihikhik). yerlah...cik EXSEN mmg suke pakai serabai dan pakai tudung main taram jer selagi boleh tutup aurat.

so sape2 yg lepas nie tgk cik EXSEN sila cam elok2...sbb cik EXSEN dah mula melawa sekarang. buek! tp ada ayat yg xleh blah dari en.ultra-TONG 'saya jatuh hati lagi. lagi dan lagi dan lagi...' (bahagian mengayat...masyaAllah!)

between u & me; me: senang jer pakai tudung nie...belit2, siap. asal tutup aurat.

Tuesday, June 22, 2010

perjanjian

ada rase menggila dalam hati ni. sokmo2 pun gini...haiiih. dah lama terbeban dengan ikatan ni. rase nak lari, cuma yerlah... 'nak mampos???'. aku akan gagah. akan....

benci bila ada org pantau.
benci bila ada org bnyk komen...
benci ada org jaga tepi kaki suar ni
benci.

nak siap2 nak blah. xmau dah bpaling. toleh. jeling ke ape ker. xmau dah!

sabar. usaha. tawakkal. (xjadi bende pun...)
 extra sabar. extra usaha. extra tawakkal. (nah...ini pendekatan terbaru)

between u & me: sambil melangkah untuk teguk HCL.

Sunday, June 13, 2010

sesat tapi teruskan jelah.

sudah penat membetulkan perjalanan yg pincang. sudahnya...aku jugak yg sedih.pedih.kecewa. haiih...cik exsen sudah tidak seEXSEN dulu. jadi...saya istiharkan CUKUP! saya sudah tidak mahu peduli. mahu teruskan hidup biar pun sudah tersesat...

'kita sudah jauh sesat...tp, xpe...hidup mesti diteruskan'

Monday, May 31, 2010

hilang sebab.

'aku tidak perlukan sebab untuk jatuh cinta, aku cintakan kamu kerana kamu'

siapa kata?? mustahil. sedangkan apa sahaja yang dijadikan tuhan ada sebabnya,  nabi juga memberikan 4 sebab untuk kita memilih pasangan hidup. inikan kita manusia biasa tidak sampai taraf wali sekalipun bercinta tanpa sebab? kalau bercinta tanpa sebab, maknanya tiada sebab untuk berpisah kan? juga tiada sebab untuk kita terluka kan? tapi hakikatnya kita tetap terluka. tetap menangis. tetap sengsara. kenapa? tiada sebabkah untuk itu semua? itu gila...

kalau bukan kerana, KECANTIKAN mungkin kerana HARTA.
kalau bukan kerana KETURUNAN, mungkin kerana AGAMA.

adakah dia punyai kecantikkannya yg kekal untuk temani aku sehingga tua?
adakah hartanya akan aku bawa dalam keranda?
adakah keturunannya yang meninggikan darjat aku di'sana'


mesti berani buat pilihan. dan penulis ini juga sudah membuat pilihan.
ada pada seseorang  yang penulis mahu katakan:
awak...saya pilih awak kerana kecantikan, harta, keturunan, agama awak. melalui agama, saya melihat awak penuh kelembutan, saya melihat awak meninggikan darjat perempuan, saya melihat awak setia dan taat pada tuhan, saya melihat awak yang penuh kesabaran, saya melihat tutur awak yang tiada pencelaan dan saya melihat awak melihat saya dengan kasih-sayang. andai hilang ajaran agama dari awak...hilang lah sebab untuk saya teruskan hubungan.
sebenarnya paling melukakan. paling mengecewakan bukanlah kerana kita tersalah pilih orang yang kita cintai, tapi tersalah terima orang yg mencintai kita . orang yang kita syukur kelebihannya, dan kita redha kekurangnya.

between u & me: life is so wonderful rite? wonderfully wrong.

Monday, May 17, 2010

pilih apa kamu nak pegang

janji memang senang. sume orang pun nak berjanji. xkiralah benda mudah ker, bende susah ker sume pun nak janji. yer lah kasik orang yakin siket kn dengan kita. janji tuh...klu xtepati mau jadi munafik.

tp lately payah sungguh nak carik orang yg memang hard core r klu bab2 tepati janji. klu orang bertanda atas dahi pun xtakut jadi munafik apatah lagi orang yg bertanda seluruh badan dgn tanda rimau, helang bagai tuh kn? haiiih~

lembu pegang pada tali...manusia klu xpegang janji nak pegang tali gak??

between u & me: rase cam nak kipas2 jer kepala lutut ni kt muka dia. alasan xleh pakai...huh, hangin.

Sunday, May 9, 2010

rite decision. isn't it?

i'm going to accept my bestfriend's proposal.
am i mad?
NO. i never as clear as now.
so in other words, i'm getting marry.
congratulate me.

between u&me: merancang tp xberusaha...tetap gagal. saya benci org merancang!

Sunday, May 2, 2010

Wali Band - Emang Dasar [HQ]

sesekali berkumpul dengan sahabat2 yg jatuh bangun bersama. pokai bersama. largo bsama. sedih bersama. memang rase itu tiada bandingn. alhamdulillah...syukur, semua org masih org yg aku kenal. banyak sudah kami lalui...klu lupakn bergitu shaja oh~sunguh kureng asam sedih jugak.


but...kita sume mmg cool bila masing2 melawan rasa (apa jua asa yg timbul dlm hati) bila kita bersama. saling mahu menjayakn pertemuan ini. part karok nie korang mmg terbaik...!!!



lagu terbaik dari dorang:

Friday, April 30, 2010

a walk to remember

i can't remember so damn many things. tp aku percaya sampai satu tahap...memang otak manusia akan cramp sbb terlalu banyak pikir. yg cramp sebab tak berpikir tuh, belakang kira. itu mungkin bukan cramp tp 'jam koin' kate kawan aku (pada suatu mase dulu dia masih kawan aku). aku ada dengar dari seorang stuff kt tempat aku cakap...kalau otak dah cramp, 1+1 pun tak tahu berapa jawapan. so seelok2nya take a walk. a walk to remember. insyaAllah otak akan pulih seperti sedia kala.

hurm...kebiasaannya aku akan berjalan merata-rawe bile terlalu bnyk benda dalam otak. walking my stress. dan sekarang aku sangat stress. tapi masalanya aku demam dan xlarat nk berjalan. someone please take my brain and walk it away. pleaseeeee....

photo: exsen collection
malam2 pun cik kak redah jer klu dah terdesak sgt!

note:
'jam-koin' = no hope
'a walk to remember' = sebuah citer yg diadaptasi dr sebuah novel. best. cite pun cik ak dah tgk, novel pun cik kak dah bace!

between u & me: the thing that hardly remember is why are we still together en. utlra-TONG?

Thursday, April 29, 2010

saya pemenang!

 awarded by: mimi-moneyonline

yes! saya menang...!!! oh~dgn malu2. muke merah2 samar (klu lah kulit i puteh melepak kn? ) terasa seperti mendapat award yg datuk CT pegang aritu.huhu~TQ mimi.

between u & me: bkobar2 nak jadi blogger tegar! tp...labworks?uhukhukhuk~ =)

Tuesday, April 27, 2010

labwork part 1

melalui hari ini dengan penuh bersemangat sambil belajar perkara baru. terima kasih kat BB sebab bg ilmu yg sangat2 bagus untuk makhluk ini. sape tahu cmner nak packing column? hehehe~siap blagak lagi nie...huhuhu. ok enjoy d pictures k...

photo: exsen collection

between u & me: rase nak senyum sepanjang hari sbb ilmu...

Monday, April 26, 2010

hati x kering pun.

sume org berhak terhadap perasaan masing2.
klu dia sedih...ape hal org lain sibuk nak cakap 'apsal lak nk sedih2?'
klu dia marah..jgn nak pepandai cakap 'alah..bende kecik pun melenting'
hati ini bukan lah sekering yg kita rasa. siapa yg tidak peduli dgn perasaan sendiri?
ntah2 bila time kita emo, lagi teruk kn?
kita kenal diri masing2.
kita tahu bila nak perlu marah. kita jugak tahu bila nak bersedih.
org lain, kalau setakat nak menambah ajinomoto dlm emosi orang lain...baik xyah.
lagi satu...org luahkn perasaan bukan untuk tunjuk bagus, tp untuk kurangkn ketegangn dalam diri. sbgi pendengar, pembaca, pemerhati...

'dengar sudah lah...xperlu nak menghakimi'

photo: exsen collection

between u & me: arini hujan...salah ker aku suka hujan? ade ajer tak puas hati dgn org.huh!


Thursday, April 22, 2010

+ve thinking. try jer...

walau poket kering tinggal 5 hengget, tuh pun en.ultra'tong' yg bg semalam time nak g jumpe kaunselor.
walaupun perut sebu sbb makan roti bgaul sosej bergaul mayonis jer sambil berebut2 dgn en. ultra'tong' yg kuat makan...2x ngap dah habis!
walaupun hati sedey lepas ni kene bangun.tidor. kt umah sewa sorang2 sbb housemates dah 'grade-away'....

tp hati mesti mau tabah. mesti mau cekal. mati pun susah maa..so, teruskan jerlah berhidup!



between u & me: oh, saya rasa...hidup saya bakal kembali ceria. dapat rasakan~hikhikhik. (oh, rancangan tuhan blake nih!!)

Tuesday, April 20, 2010

akhirnya...free to drive.

arini pepagi my mom merempit dar umah dia ke umah aku. risau betol klu dia dah start merempit jauh2 ni. bukan apa, gaya dia rempit tuh haiiih~farid kamil pun akan slowkn moto klu bselisih dgn mama aku. ahaks. talipon xangkat...mungkin otw tuh...

sesampai jer...dia ajak aku g JPJ...ok. aku pun drive lah dia ke sana. biasanya kakak sulong aku yg jadi driver dia klu ke mana2. tp sejak big sis dah kene halau keluar....so aku amik alih untuk siap sedia bkhidmat. ingatkn urusan apa yang penting sangat pepagi dah sampi...rupa2nya...


 tu dia....dia dah lulus dan dapat lesen memandu D dan B2. suka sangat lah hah....aku pun tumpang seronok. aku dapat bayangkn klu JPJ tahan mama aku time road block, mesti sambil mata bersinar2 dengan bangganya dia menayang2 lesen itu depan mereka. hahahah~sekarang mama dapat merempit legally. adush..pening lah abah bila maa selalu hilang nnti.hahahah~

between u & me: ajak maa wat lesen dive lah pulak... =0

sudah.lepas

Related Posts with Thumbnails